TERMA DAN SYARAT





TERMA DAN SYARAT SEWAAN BARANG DEKORASI SUPERCUN WEDDING:- 
NOTA PENTING:

 Pihak SuperCun Wedding berhak meminda mana-mana bahagian terma dan syarat sewaan.

 Setiap penyewa hendaklah merujuk terma dan syarat sebelum membuat penyewaan barang dengan pihak SuperCun Wedding.

 Penyewa adalah dianggap telah mempersetujui dan memahami terma dan syarat sewaan selepas membuat bayaran deposit sewaan dan bertanggungjawab mematuhi semua terma dan syarat sewaan.

 Terma dan syarat sewaan adalah TERHAD untuk barang-barang dekorasi DIY (ambil dan pasang sendiri).

Tempahan Barang Sewaan

 Tempahan boleh dibuat seawal yang dirasakan sesuai oleh penyewa.

 Semua barang sewaan hanya akan di reserve untuk penyewa selepas bayaran DEPOSIT 50% daripada harga sewa. Tiada tempahan tanpa deposit.

 Tempahan(booking) adalah bergantung kepada kekosongan dan atas konsep SIAPA CEPAT DIA DAPAT.

Deposit tidak akan dipulangkan sekiranya pembatalan sewaan dibuat.
Bayaran


 Bayaran deposit boleh dibuat melalui Cash/Bank In atau Online Payment.

 Pembayaran baki hendaklah dibayar secara TUNAI/BANK IN/ONLINE BANKING/MAYBANK QR semasa atau sebelum pengambilan barang sewaan.

 Setiap barang sewaan akan dikenakan DEPOSIT KESELAMATAN(Security Deposit) yang ditetapkan oleh pihak SuperCun Wedding dan hendaklah dijelaskan semasa pengambilan barang. Deposit keselamatan akan dipulangkan 100% sekiranya barang dipulangkan dalam keadaan baik dan mengikut masa yang ditetapkan.

Pengambilan Barang dan Pengangkutan

 Segala proses penyewaan, pengambilan dan pengangkutan barang sewaan adalah atas inisiatif dan tanggungjawab penyewa.

 Pihak Supercun Wedding juga ada menyediakan "Delivery Service" dengan caj tertentu bagi kawasan Lembah Klang sahaja.

 Penyewa boleh mengambil barang sewaan seawal hari RABU sebelum majlis (10am-5pm). Pengambilan lebih awal daripada hari Rabu akan dikenakan CAJ TAMBAHAN yang ditetapkan dan berdasarkan kekosongan tempahan minggu sebelumnya.

 Penyewa adalah digalakkan hadir sama semasa pengambilan barang-barang sewaan untuk mengelak sebarang masalah atau kerosakan terhadap barang sewaan. Salinan IC penyewa diperlukan semasa pengambilan barang. Sekiranya menghantar wakil untuk mengambil barang, sila bawa bersama salinan IC penyewa.

Pemulangan Barang

 Pemulangan barang sewaan selewat-lewatnya hari ISNIN selepas majlis.

 Kelewatan pemulangan barang akan dikenakan DENDA sebanyak RM50 sehari.

 Caj tambahan akan dikenakan untuk pemulangan selepas waktu operasi butik (selepas 7pm).

 Penyewa digalakkan hadir bersama semasa pemulangan.

 Penyewa bertanggungjawab untuk melaporkan sebarang kerosakan atau kehilangan kepada pihak SuperCun Wedding.

 Penyewa bertanggungjawab membayar GANTI RUGI di atas sebarang kerosakan atau kehilangan barang sewaan dengan kadar yang ditetapkan oleh pihak SuperCun Wedding.

 Setiap barang yang telah rosak selepas dibawa keluar dari premis SuperCun Wedding adalah dianggap tanggungjawab penyewa dan akan dikenakan denda atau ganti rugi sepatutnya. Penyewa dinasihatkan memeriksa barang dengan teliti sebelum dibawa keluar dari premis SuperCun Wedding.

 Tiada pemulangan wang di atas barang sewaan yang tidak digunakan ketika majlis.

Pengurangan /Tukar Barang Booking Sewaan

 Barang yang dikurangkan atau tukar hendaklah menyamai harga barang asal atau lebih

 Jika pengurangan barang tanpa ganti barang lain ( yang sama harga ) deposit asal akan ditolak 100%



Sebarang pertanyaan, boleh terus WhatsApp Team Supercun Wedding :




-

Reviews:

Post a Comment

SuperCun Wedding © Blogger Templates

Contact us

Powered by Blogger.